Friday 5 September 2014

SEMPADAN KESABARAN


Dikata aku barua
aku masih boleh bersabar
biarlah, tidak luakpun
walau sedikit kesabaran.


Dikata pula aku bodoh
bukan sesiapa
karya sekolah rendah
aku masih lagi boleh bersabar
sebab aku memang bodoh
bukannya sesiapa
sekolah bawah pokok.


Dikata aku umpama peminta sedekah
meminta-minta agar ada penerbit
mahu membukukan karyaku
aku masih boleh bersabar
kerana itu memang resmi aku
suka merendahkan diri
meminta pertolongan kepada yang sudi.


Difitnahkan aku menunggu perempuan
di tempat kerjanya
aku masih boleh mengurut dada
bersabar
kerana aku tahu itu fitnah
dan setiap fitnah ganjarannya pahala
sedangkan aku tidak pernah berenggang
dari sisi isteriku.


Tapi bila dia menggunakan seorang isteri
memahat rumah yang dah siap
itu yang menimbulkan kemarahanku
kerana bagiku seorang isteri bukan alat
untuk menjalankan agenda peribadi
dari buruk sangka - busuk hati.


Isteri adalah wanita suci
yang harus dihormati.


Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
04/09/2014.

No comments:

Post a Comment