Sunday 26 February 2012

HANYA KAMU



Sayang
di sebalik tabir tirai malam
termanggu aku bersendiri
mencari erti rindu ini
yang semakin mencengkam hebat

kuat di tangkai hatiku
yang semakin nazak
hanya kerana kamu

sayangku.

Sayang
malamku rawan; pilu
malamku gersang; rindu
malamku hilang; kamu.

Ya...sayang!
Hanya kamu...hanya kamu
dambaan; jiwaku
dambaan; hatiku
dambaan; kasihku
dambaan; cintaku.

Tanpamu, aku sepi
tanpamu, aku rindu
tanpamu; siapalah aku.

Hanyalah kamu...sayangku!
Segalanya untukku.



ss-z/spl/pr..26-feb-2012.



No comments:

Post a Comment