Tuesday 21 February 2012

KABUS SEPANJANG PERJALANAN


Apa yang harus aku lakukan?


Untuk mengurangkan tekanan
yang semakin menghimpit
dan menekan perasaan.


Siapakah yang harus dipersalahkan?

Andainya
sekali lagi tercipta perpisahan
perpisahan tanpa kerelaan.

Bersalahkah aku?

Hanya kerana
membiarkan
ianya tercipta semula
sedangkan

aku tahu
di mana kesilapannya
tanpa mahu menghalangnya tercipta.

Atau haruskah aku berkorban?


Meninggalkan 
kepopularitian 

dan menumpukan segala perhatian
untuk mengukuhkan satu perhubungan

yang belum ada titik pasti.

Yang manakah harus aku korbankan?
Berkarya

sambil mengecapi kepopularitian
atau 
hanya

menciptakan sebuah nukilan
untuk tatapan
insan yang aku sayang.

Kabus tebal merentangi

di sepanjang perjalanan hidupku.

ss-z/spl/pr..21-feb-2012.



No comments:

Post a Comment