Recent Posts

Wednesday, 29 February 2012

SEMALAMKU


Semalam telah berlaku
biarkanlah ianya pergi berlalu
berseteru
terharu
terkedu
memilu
terpilu
melesu
membiru
di angin lalu
bersama sebak di dadaku.

Hari ini kubuka hijapku
kubukakan juga palang di muka pintu
buat menerima catatan bukuku yang baru
kisah kita, yang baru
kisahku dan juga kisahmu
bergenggaman jejariku, tanganku; tanganmu
tangan kananku bergenggaman erat tangan kirimu.

Berlapang di dadaku yang mula rasa terharu.

ss-z/spl/pr..29-feb-2012.




No comments:

Post a Comment