Thursday 16 February 2012

Kisah cinta reality berFB~CINTA ZAKIAH~Bab 11

Masuk hari ini telah genap seminggu kejadian Zaki disimbah air oleh Sanisah...bekas penyepak oleh Sanisah pun masih terasa dimukanya...tapi tidak lah sehebat dan semalang hatinya ketika ini...Kiah yang dicintainya telah seminggu menghilangkan dirinya...telipon tidak diangkat...sms tidak dijawap bahkan mesage di FBnya pun tidak berbalas...Kiah dah 'unn freind' akaun FBnya lagi...Zaki tidak dapat masuk berkomen di dalam wall Kiah...walau pun Kiah sedang berkomen dengan teman-temannya.

Yang paling menyakitkan hati Zaki...Kiah telah menukar status profil di dinding FBnya...dari 'mempunyai hubungan' kepada 'berhubungan terbuka'...dan Zaki dapat lihat di wall Kiah bertapa ramainya 'sang kumbang' yang cuba memikat hati Kiah kerana mereka tahu Kiah sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi...termasuklah 'musuh' tradisinya...BAPAK BOSAN...yang juga sudah mula masuk berkomen dengan Kiah...dan lebih menyakiti hati Zaki...Kiah boleh melayan musuhnya itu dengan mesra sekali.

Satu hari...Zaki mendapat pesanan di dalam PMnya...yang berbunyi...

"Salam abang...Kiah dah tak sanggup meneruskan perhubungan kita lagi...Kiah dah tak sanggup melukakan hati kakak lagi...Kiah minta abang tabah dan melupakan Kiah dan anggap kita tiada jodoh...walau pun kita pernah berjanji yang kita akan berkawan dahulu selama tiga tahun dan andai kita ada jodoh...kita akan bernikah nanti...tapi Kiah dah tak sanggup lagi bang...Kiah dah tak sanggup dihina teman-teman semua kerana berkawan dengan laki orang dan dilemparkan dengan gelaran 'PERAMPAS SUAMI ORANG' dan 'PERUNTUH KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA ORANG'...Kiah dah tak sanggup abang" perkataan yang tercatat di dalam pesanan itu...yang lebih mengejutkan Zaki...Kiah dah mula kembali menyebut namanya sendiri dan telah hilang kata-kata SAYANG...sebagai membahasakan dirinya.

Luluh hati Zaki ketika itu dan yang lebih menyedihkan Zaki lagi...apabila membuka wall Kiah dan terpampang di wall Kiah status perhubungannya telah ditukar kembali kepada sedang 'MEMPUNYAI HUBUNGAN'...walau tiada nama yang diletakkan di situ...Zaki tahu siapakah teman baru yang dimaksudkan itu...ramai teman-teman mengucapkan tahniah kepada Kiah...termasuklah musuhnya si 'BAPAK BOSAN'.

Bengang jangan ceritalah...bangang sungguh Zaki rasa ketika itu...Kiah yang dicintainya telah berubah hati...benar juga seperti kata-katanya dahulu pada Kiah...yang Kiah akan pergi meninggalkannya.

Zaki teringat kembali suatu masa dulu...

"Sayang abang...abang rasa sayang abang pasti berubah satu hari nanti...!" kata Zaki kepada Kiah....

"Apa yang abang merapu ni?" tanya Kiah...

"Sayang...sekarang kes sayang belum selesai lagi...sayang ibarat burung yang masih di dalam sangkar...mungkin setelah selesai kes sayang nanti...sayang akan melupakan abang...ibarat burung yang bebas untuk hinggap di mana-mana dahan yang dimahukannya..." jelas Zaki panjang lebar.

"Tak lah bang...sayang tidak akan berubah...seandainya abang tidak meninggalkan sayang...sayang akan tetap setia pada abang..."jawap Kiah menenangkan hati Zaki...

Zaki sungguh rasa bahagia ketika itu...kerana mempunyai kekasih yang telah melafaskan taat setia kepadanya...serta seorang isteri yang sentiasa taat kepadanya...seluruh alam dipandangnya indah ketika itu...seperti dunia ini Zaki yang empunya.

Tapi janji tinggal janji...kata setia telah hilang ke mana...Kiah yang dicintai telah pun berpaling tadah...tinggallah Zaki memendam rasa dan berenang di dalam kolam air mata...dari seorang yang ceria Zaki menjadi seorang yang murung...makan minum tidak dikesahkan lagi...berat badannya semakin menyusut dari hari ke hari...Sanisah yang melihat keadaan Zaki sebegitu mula merasa risau dengan keadaan suaminya...bila mereka keluar membeli belah di pasar besar terkenal berdekatan dengan tempat tinggal mereka...Sanisah mengambil kesempatan menyuruh suaminya mengambil timbangan berat badannya...

Terkejut Sanisah dibuatnya...berat badan Zaki yang berjumlah 96kg telah turun kepada 89kg...bersamaan turunnya sebanyak 7kg...Sanisah tidak menyangka sebegitu banyak turun berat badan Zaki...lalu bertanya kepada Zaki kenapa berkeadaan begitu dan kemurungan yang melampau...janggut dan misai di muka tidak dicukur dan dibiarkan semak begitu sahaja...

"Abang kenapa ni bang...ayang lihat abang semakin teruk dari sehari ke sehari...makan tidak...bercukur tidak...ni berat badan abang pun telah turun mendadak...cubalah cerita dengan ayang apa yang sebenarnya terjadi...ayang tak mahu abang jatuh sakit nanti...?" soal Sanisah bertalu-talu...

"Tak ada apa-apalah ayang...abang ok jer..."kata Zaki cuba menutup cerita dan pertanyaan dari Sanisah.

"Abang jangan menipu ayang...abang tak pernah menipu selama ini...jadi janganlah abang mula menipu saat ini...?" tanya Sanisah lagi...

"A...a...abang dah putus dengan Kiah, ayang...Kiah dah tinggalkan abang...bila abang menyatakan mahu mengambil dia sebagai isteri abang...!!" jelas Zaki...
"Dia tidak sanggup untuk bersama dengan abang lagi dan tidak sanggup dihina lagi oleh teman-temannya...yang menuduh dia sebagai perampas suami orang dan sebagainya...terutama sekali dia tak sanggup untuk menyakitkan hati seorang insan seperti ayang yang mulia di matanya..." itu yang di katakannya.

"Dan abang nak menyiksa diri abang sendiri sebegini...hanya kerana seorang wanita yang seperti Kiah tu ke...? ayang tak sangka boleh jadi sampai sebegini abang kerana Kiah...?" soal Sanisah kembali...
"Sabarlah bang...sabar ya...ayang dengan anak-anakkan ada...yang sentiasa ada di sisi abang..." pujuk Sanisah pada Zaki.

Zaki hanya terdiam tidak berkata apa-apa...yang dia mampu hanya bergenangan air mata...tanpa disangka air mata yang ditahannya gugur di hadapan mata Sanisah...

Pulang dari membeli belah Zaki mengambil kesempatan untuk bersendirian di taman di kawasan perumahannya...dan seperti cuaca tahu perasaannya ketika itu...hujan pun turun dengan lebatnya...seperti tangisan di mata Zaki...Zaki menangis semahu-mahunya di dalam kebasahan hujan yang turun...selebat hujan sebegitulah hebat tangisannya yang tiada siapa tahu ketika itu.

Sanisah yang kuatir tentang keadaan Zaki menuruti ke taman itu bersama payung yang dibawanya...ketika melihat Zaki di dalam taman...payung yang dipegangnya terlepas dari tangannya dan terus memeluk Zaki di dalam hujan yang lebat itu...Sanisah pun turut menangis bersama Zaki kerana sedih melihat keadaan suaminya ketika itu. 

Selang beberapa hari selepas itu...Zaki yang masih demam panas kerana berhujan tempoh hari mendapat panggilan telipon dari teman-temannya dari dalam group puisi yang risau dan tertanya-tanya kemanakah hilangnya Zaki beberapa hari ini...FBnya pun tidak di buka...dan banyak pesanan yang tidak berbalas...dan ada juga teman-temannya menyuruh dia membuka FBnya dan menyuruhnya melihat di wall Kiah.

Zaki tegamam bila membuka FBnya ketika melihat di dinding FB Kiah...

Apa yang di lihat oleh Zaki di wall Kiah...tungguuuu...di bab selanjutnya...

bersambung di Bab 12 :

Sazalee Sulaiman 
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment