Wednesday 15 February 2012

Kisah cinta reality berFB~CINTA ZAKIAH~Bab 1

Zakiah nama yang indah. Tercipta dari dua jiwa yang mempunyai satu hati dan satu perasaan. Perasaan ingin dicintai dan menyintai. Kisah bermula dengan pertemuan di hujung jari di dalam halaman sensasi terkini. Ya...halaman Facebook. Bermula dengan usikan perkenalan dari gambarnya hingga membawa ke halaman berkumpulan iaitu kumpulan puisi dan di situlah bibit-bibit kasih sayang dan cinta bersemi. 

Kisah cinta yang penuh sensasi di halaman FB dan menerawang di hati semua rakan-rakan dan teman-teman yang mengikuti kisah cinta dua jiwa satu hati. Dan ada juga yang membenci dan tidak kurang juga yang sakit hati serta cemburu melihat kemesraan yang tercipta hanya di halaman FB ini.

Tidak kurang juga ada yang cuba menangguk di air yang keruh menghasut dan memfitnah terhadap kedua pasangan yang saling menyintai ini. Dan dikisahkan juga di sini, ujudnya pihak ketiga yang cuba menabur racun pada benih kasih yang bersemi sehingga berjaya merampas Kiah dari Zaki.

Ya, Zaki dan Kiah yang dicantumkan dua nama menjadi Zakiah hingga terciptanya cinta di dalam laman FB sensasi ini. Dua watak yang tidak pernah bersua muka, cuma berjumpa di alam maya. Berkomen, berpuisi, berchating dan membuat panggilan video menjadi pengikat dan pengerat kasih di antara mereka.

Mengharapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Mengharap kasih berkekalan hingga ke jinjang pelamin tapi terputus juga di pertengahan jalan.

Kita singkap sejarah diri Zaki:

Zaki sebenarnya seorang suami yang bertanggung jawab kepada keluarga. Mempunyai isteri yang setia dan tidak pernah membantah apa yang dikatakan suami. Mempunyai dua Puteri hasil perkongsian hidup dengan isteri yang pertama. Sayang isterinya tidak hidup lama. Meninggal dunia selepas dua puluh lima hari melahirkan anak yang kedua. Menduda selama tiga tahun kerana janji pada diri sendiri yang tidak akan pernah menikah satu lagi sebelum ketemu wanita yang benar-benar menerima dirinya dan kedua anaknya seikhlas-ikhlas hati.

Bertemu dengan isteri yang kedua tanpa dijangka. Rupa-rupanya orang yang dicari ada di hadapan mata. Sanisah namanya, seindah wajah dan tutur katanya. Seorang yang penyayang terhadap anak-anak hingga menimbulkan rasa tertawan di hati Zaki untuk menyuntingnya sebagai suri rumah tangga. Berkasih hanya tiga bulan lama di ikat tali pertunangan selama tiga bulan sahaja. Dan dalam masa enam bulan berkenalan terus bernikah dan menjadi pasangan yang bahagia. Bersama isteri kedua lahirnya tiga orang Putera. Mungkin rezeki bersama isterinya yang kedua sama dengan arwah isteri pertama hanya selepas tiga tahun menikah baru mendapat cahaya mata.

Kini masa berganti masa hari berganti hari. Anak-anak sudah dewasa yang sulung dua puluh tahun umurnya dan sudah bernikah dengan jejaka pilihan hatinya. Di kurniakan seorang putera. Yang kedua kini sudah lapan belas tahun dan kini menuntut di sebuah IPT tempatan. Putera-puteranya pula masih bersekolah berumur dua belas, sepuluh dan tujuh tahun usia mereka.

Selapas lima belas tahun berumah tangga badai dugaan datang melanda. Isterinya seorang yang berpangkat dan mempunyai gaji yang besar sedangkan Zaki hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan yang diamanahkan menjaga asrama syarikat tempat isterinya bekerja. Sanisah sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya sehingga Zaki terasa terabai oleh si isteri dan mula berjinak dengan dunia Facebook dan di situlah Zaki terperangkap dengan cinta di alam maya.

Di sinilah segala kisahnya bermula.

Bersambung Bab2:

Sazalee Sulaiman 

Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment