Friday 24 February 2012

KACA DARI PERMATA


Bersabarlah kasih, bersabarlah sayang

bersabarlah teman, bersabarlah intan

walaupun kita, tidak lagi bersama
walaupun kita, tidak lagi menyemai cinta
cinta yang terputus menyesakkan jiwa.


Cuma satu kupinta dari dirimu
dengarlah baik nasihat dariku
bekas pacarmu, yang kini; sahabatmu.


Kerana si dia, aku pernah kau tinggalkan
dan demi dia, aku pernah kau duakan.

Oleh kerana itu

andai kecewa akan dirimu
andai dalamnya luka toresan sendumu
teguhkanlah jiwamu
kuatkanlah hatimu itu
kerana  yang berlaku

adalah pilihanmu bukannya aku.


Bersabarlah...
dengan setiap dugaan yang melanda
tempuhilah ia dengan berani
sendu di hati tidak akan kekal abadi
kelak terubat hari berganti hari
cari yang lain sebagai galangganti.


Dahulu kaca pilihan dirimu
harap permata yang akan engkau ketemu.


Itulah sahaja nasihat dari diriku.


ss-z/spl/pr..24-feb-2012.


No comments:

Post a Comment