Zaki sebenarnya telah mempunyai seorang teman di dalam fb sebelum bertemu dengan Kiah. Selalu bersembang dan bergurau senda. Bercerita tentang dirinya dan masaalahnya dengan gadis yang berasal dari Johor dan menggelarkan dirinya anak jati Johor yang sejati. Bertemu dan bersenda dengan Mala di dalam fb menjadi agenda utama Zaki ketika bertugas di malam hari.

Mala namanya si gadis anak jati Johor yang sejati. Tag line yang terkenal pada gadis ini adalah 'SHARING IS CARING BUT NOT LOVING'. Menjadi kegilaan ramai jejaka andai keluar posting beliau di dindingnya. Apa sahaja yang di postkan pasti ada sahaja jejaka yang masuk berkomen di dalamnya. Sehingga menjadi pujaan ramai jejaka yang cuba mengambil dan memikat hati Mala. Zaki pun tidak tertinggal sekali dan cuba memikat hati Mala.

Masaalah utama Zaki adalah beliau cepat mesra dan cepat menaruh hati pada sesiapa yang beliau rasa menarik. Mala juga begitu. Zaki sudah jatuh hati dan menaruh kasih padanya. Tiap-tiap malam mereka akan berkomen dan bertukar-tukar mesage di dalam mesage box hingga membuatkan Zaki terperasan dengan Mala dan menganggap Mala pun menaruh hati padanya.

Tapi Zaki tersilap percaturan. Mala tidak pernah menaruh hati padanya. Kemesraan yang Mala pamirkan hanyalah sebagai seorang adik kepada seorang abang sahaja. Tidak pernah lebih dari itu. Mala memang menyayangi Zaki tapi sayang tidak lebih dari seorang adik. Bagi Mala apa yang dia kongsikan dengan Zaki adalah perkongsian rasa atau ambil berat kepada seorang abang sahaja tapi tidak sampai jatuh cinta pada Zaki apatah lagi tag line dia amat jelas sekali maksudnya.

Pernah satu ketika Zaki menyatakan tentang perasaan beliau kepada Mala dan menjadi pertengkaran hebat di antara mereka. Mala memang mengetahui Zaki memang sudah berkahwin dan sudah mempunyai cahaya mata kerana Zaki tidak pernah berselindung tentang status perkahwinannya. Mungkin kerana kesunyian yang diluahkan kepada Mala dan Mala sudi menghiburkan hatinya membuat Zaki jatuh hati pada Mala. Hingga Mala mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan mereka.

Kecewa di atas keputusan yang diambil oleh Mala membuatkan Zaki menjadi seorang yang pemarah. Untuk meredakan kemarahan dan api kebencian di hatinya Zaki tumpukan perhatian dengan memainkan apa sahaja lagu yang ingin didengarinya dari laman Youtube dan dimuat naikkan di halamannya. Dari lagu sedih membawa ke lagu yang paling keras didengari oleh Zaki.

Hingga satu hari Zaki memainkan lagu Suatu Masa nyanyian M.Nasir dan diulang-ulang dengarnya berkali-kali. Tanpa diduga masuk satu komen di ruangan komen. Datangnya dari Kiah yang menanyakan kenapa Zaki seperti seorang yang sedang kecewa dan putus cinta. Pada hal Zaki sudah ada isteri di rumah kenapa Zaki boleh terasa seperti putus cinta.

"Awak kenapa ni Zaki??...seperti orang yang sedang putus cinta sahaja...cecite sikit" soalan dari Mala menghembur di ruangan komen di bawah lagu tersebut.
Terkejut Zaki jadinya kerana tidak menyangka Kiah akan menanyakan soalan sebegitu.

"Mmmmmm...memang sedang frust ni...putus cinta lah...!!" jawap komen Zaki.

"Awak bergaduh dengan isteri ke??? soal Kiah lagi.

"Tak lah...dengan buah hati sahaja...dengan isteri...ok sahaja..." jawap Zaki selamba.

"Astaga...awak ada kekasih ke????" tanya Kiah seakan marah.

"Kenapa tak boleh ke kalau suami orang mempunyai perhubungan cinta dengan insan lain seandainya si suami kesepian kerana tidak diendahkan si isteri????" soal Zaki balik seakan tersinggung dengan pertanyaan Kiah sebegitu.

Dan dari situlah Zaki mula menceritakan masaalah yang di hadapinya bersama isteri kepada Kiah. Dan sebagai seorang kawan Kiah sudi mendengarnya dan turut menasihati Zaki yang sepatutnya. Dari berkomen di ruangan lagu mereka bertukar pula bercerita di ruangan chating. Lama jugalah mereka berchating hingga tak sedar masa tugas Zaki pun telah selesai di paginya.

Sejak itu mereka semakin bertambah rapat dan saling berhubungan di ruangan chating. Setiap malam Zaki dan Kiah akan saling berhubungan dan bertukar-tukar pandangan. Dari sebuah kisah hingga ke sebuah kisah hingga ke subuh harinya.

Zaki mempunyai kesukaan iaitu berpuisi. Dan beliau turut menjadi ahli sebuah group puisi. Dan kerana minat Zaki akan mengambil masa berjam-jam di laman puisi sambil berchating dengan Kiah. Rupanya Kiah juga mempunyai minat yang sama iaitu suka berpuisi walau tidak sehebat Zaki. Sehingga Zaki memohon untuk memasukkan Kiah bersama menjadi ahli group tersebut.

Dan akhirnya Kiah diterima menjadi ahli group tersebut. Di situlah kisah cinta bakal bersemi di antara Zaki dan Kiah. Kisah cinta dua hati yang sama-sama kesepian. Masing-masing mempunyai masaalah mereka sendiri. Zaki masaalah dengan isterinya dan Kiah mempunyai masaalah dengan tuntutan lafas cerai dengan bekas suaminya. Lafas cerai kali ketiga di luar Mahkamah hingga terjatuhnya talak 3.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya...tunggulah bahagian selanjutnya...sabar ya...

Bersambung Bab 4

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.