Wednesday 22 February 2012

Himpunan Puisi-puisi kecindan 2



~PUISI MONOLOG USIK-MENGUSIK~


"Pok amai-amai
belalang kupu-kupu
ayah kahwin ramai
anak berpusu-pusu"


"Tang-tang tut 
keladi we-we
siapa terkentut 
kahwin janda muda"


Ya! Pantun rakyat yang telah aku gubah semula.
Ya! Pantun menggeletek perut yang telah aku tukar maksudnya.


Kenapa? 
Kerana mahu memberi kata maksud berlainan gayanya.


Kenapa juga?
Kerana mahu memberi pengajaran kepada semua.


Kenapa si ayah kahwin ramai anaknya berpusu-pusu?


Kerana si ayahnya kahwin sampai empat!
Kalau dah kahwin sampai empat 
anak bersama satu isteri tiga!
Tiga darab empat dah berapa?
Tidakkah dua belas jawapnya!
Bukan ke berpusu-pusu anaknya?
Berderet kata P.Ramlee, dalam filem Masam-Masam Manis.


Kenapa pula siapa yang terkentut kahwin janda muda?


Ahaksssss! 
Lu pikirlah sendiri! Bak kata Nabil


Jangan marah ya! 
Sebab saya sendiri pun tak ada jawapannya
kerana ianya hanyalah untuk menggeletek perut orang yang membacanya


Sekali lagi ya! Jangan marah
ini hanyalah puisi sambil berlawak.


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
12-12-2011 jam 2115pm.


Puisi cantuman monolog bersama pantun rakyat


~PUISI RAKYAT~


"Tepuk amai-amai
belalang kupu-kupu"


'Tepuk amai-amai'


Kenapa dengan tepuk amai-amai?
Apa maksudnya ya!
Mungkin juga maksudnya tepuk beramai-ramai
bukannya macam 'MAT GIAN' tu
tepuk tangan sambil tengah mamai.


'Belalang kupu-kupu'


mmm..Belalang dan Kupu-kupu!
Sejenis serangga yang boleh terbang dan bersifat sementara
kitaran hidupnya hanyalah sementara
dari ulat ke kepompong dan menetas semula
selepas beberapa lama mati begitu sahaja
seumpama manusia yang tiada matlamat hidupnya
makan tidur itu sahaja yang ditahunya!
Tidak mahu berusaha dengan sewajarnya.


'Tepuk adik pandai'


Yang ini pasti kita semua tahu
yakni anak-anak harus kita puji sentiasa
bukan 'Minta puji' bak kata orang Sabah
yang bermaksud meminta perhatian
biarlah kita puji mereka seikhlasnya
agar mereka rasa dihargai oleh kita ibubapanya.


'Emak upah susu'


Yang ini kita kalau boleh jangan amalkan sangat
seperti kita mengajar mereka mengamalkan RASUAH
sepatutnya kita dorong mereka dengan kata-kata semangat
agar mereka tidak mudah lemah semangat
asik diberi upah sahaja tak kemana mereka sangat!
Mereka akan menjadi selemah-lemahnya manusia
yang mengharapkan balasan di atas apa yang mereka lakukan
tanpa ada rasa bersemangat untuk membanting tulang empat kerat.


"Kesimpulannya wahai kamu semua umat manusia
biarlah kita jadi sebaik-baik manusia
yang tidak mengharapkan balasan
di atas apa yang kita kerjakan
jadilah kita manusia yang redha
yang sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada
setelah kita berusaha untuk mencapai apa yang kita kerjakan
berusaha tanpa ada kenal penat dan lelahnya."


"Buai laju-laju
sampai pohon sena
bangun terus maju
jangan asik nak terlena"


Sekian terima kasih.


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
13-12-2011 jam 10 53pm.



~PUISI DEMAM TAK KEBAH~


Pusing kiri pusing kanan
sekejap terlangkup sekejap terlentang


Asik terbaring


Kepala pening dah terasa mereng
berpusing-pusing macam gasing


Akhirnya tertonggeng


Aduhai gering.


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
13-12-2011 jam 1205pm.



Monolog


~SPANARKU BERKATA-KATA~


"Woi tuan!
Mataku telah kehausan
bila nak ditukar baru mataku"


Spanarku yang tidak bermata berkata-kata!.


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
14-12-2011 jam 2140pm.



~HANYA SATU SALAH PAHAM~


Satu malam yang sunyi!


"Maling! Maling! Maling!"


"Apa yang Maling?
Apa tu Maling ya?"


"Malang tu tahulah saya!"


"Ah! 
Kalau dah malang tu biarlah
tak perlu nak beritahu pada semua
buat malu sahaja"


"Emm, mungkin dia panggil kawan dia kot
si Malim"


"Ah!! 
Biarlah, jangan ambil tahu tepi kain orang
jaga tepi kain aku sendiri
takut nanti, kain aku yang berlubang"


Berlalu aku begitu sahaja 


Tanpa menoleh!


Besoknya riuh satu kampung
rumah jiranku dimasuki perompak


Jiranku dari Indonesia!.


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
16-12-2011 jam 1545pm.



~JANTAN ASMARA~


Jantan Asmara melentur rasa
bermain kata nan pujangga
meroyan dara terlentuk cinta
membelai jiwa angan sentiasa


Jantan Asmara penangan angkara
dirasuk rindu cambukan jiwa
menabur kasih dara jelita
menebar cinta tanpa kekangannya


Jantan Asmara romeo tua
senyuman berlapik gigi tiada
takut terperasan dara jelita
mahu lari jatuh sahamnya


Jantan Asmara bukan buaya
hanya bersandiwara memainkan kata
kerana sunyi bertitik di dada
mencari teman penghilang kebosanannya.


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
17-12-2011 jam 0015am.



~SEDUTAN KENIKMATAN~


Puhhhh!
Puhhhh!
Hembusanku


Asapnya bagai kabus di tengahari
menerawang di segenap ruang kamar kantorku
berkepul memenuhi ruangan mejaku
menyegarkan minda buntuku.


Shhhh!
Puhhhh!
Kusedut dan kuhembus semula


Nikmatnya tidak dapat aku gambar dan bayangkan
kebuntuanku seakan menghilang dengan setiap hembusanku
menghilang bersama pudarnya asap yang aku hembuskan
hanya yang tinggal kabus yang berpanjangan
kerana kamar kantorku, kukunci pintunya.


SHHHHHHHHHHHHHH!!


Kusedut agak memanjang
dan kubiarkan ianya memenuhi ruangan paru-paruku
menikmati sedutan yang teragung
menikmati kenikmatan yang terulung.


Kung! Kung!


Batukkan kecilku
seakan ada sesuatu menggaru kerongkongku
menekan pangkal paru-paruku
memeritkan sedikit tangkai jantungku.


Shhhh!
Puhhhh!


Kusambung sedutan semula
kerana kebuntuan ilham masih menghantuiku
menyekat pergerakkan mindaku.


SHHHHHHH!
PUHHHHHHH!


SHHHHHHH!
PUHHHHHHH!


Kusedut dan kusambung puntung kedua!!.


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
NILAI, NEGERI SEMBILAN 20-12-2011 jam1227pm.

No comments:

Post a Comment