Wednesday 22 February 2012

TAK RUGI MENUNDUK MENERIMA TEGURAN



Betapa angkuhnya jiwa sang riak
tidak mahu ditegur
malahan kembali teguran diteriak.

Menyangka dirinya terhandal
dalam mengadaptasi karya ciptaannya
dan mengungkit sokong karya
yang sememangnya banyak kelemahannya.

Janganlah kerana menang sorak
kampung tergadai kembali!

Kerana seelok-eloknya
dan sebenar-benarnya
serta semolek-moleknya
menunduklah kepala kita
bila kita berjalan
dan masuk ke kampung orang
agar tidak terhantuk di tiang berpalang.

ss-z/spl/pr..22-feb-2012.

No comments:

Post a Comment