Tuesday 8 May 2012

DUIT SYILING BARU




Duit syiling baru
membuatkan aku dan kepalaku
ishhh ... rasa-rasanya bukan sahaja aku
malah semua orang yang melihatnya semakin bercelaru
size yang sama tapi nilainya berlainan waktu
tersalah melihat pasti tersalah beri yang mana satu
harga 20 sen terserah yang 50 sen ... , 
perniaga tersenyum sipu, pembeli yang tertipu bukan sahaja tipah tertipu
di Dewan Negara pula, hari ini Bapak Menteri memberitahu
kaji selidik telah dibuat tahun 2009 dahulu
kumpulan sasarnya ... institusi kewangan, para peniaga tepu
dan pembekal mesin yang menggunakan wang syiling baru
semua yang di sebut itu aku setuju kecuali ... satu
cubalah guna kat mesin-mesin 'mineral water' di kaki-kaki lima tempat kamu 
dia terima ke tidak duit-duit syiling yang baru?


Baru kamu akan tahu ... di mana letaknya nilai wang syiling yang baru.


ss/spl/pm ... 8/5/2012.



No comments:

Post a Comment