Friday 15 November 2013

PERSALINAN INSAF


Di ranjang sepi itu 
aku berbaring tanpa pakaian
telanjang dari mata sukar
walau cuba kuinsafi
seharus mana damai berbunga
apakah ia sebuah gunung agung
tidak pernah memperdulikan
angin yang mengelus ranjang
atau nyaman yang cuba bermesra
pun sekadar lalang-lalang sombong
yang tegak dalam kebencian.

Aku terlalu rindukan fajar semalam
walaupun bertilamkan batu berselimutkan embun
melambai-lambai menyahut malam
untuk aku lena dalam mimpi yang panjang
agar dapat aku mengerti
antara titik hati dan darah manusia
tanpa ada rasa terdedah ke arah neraka
dengan tergetar bibir dalam menafsir
kerana di sini…di hati ini
ada ruapan sebuah harga diri.

Biarpun tangisan bertukar zaman turunan
bertelanjangan pada denai sebuah sukar
aku masih berani melihat dan memikir
serta menari-nari mengikut rentak angin pada pesta daun
dalam satu persalinan insaf.

Qalam Bertinta
Klang
14112013
2219pm


No comments:

Post a Comment