Recent Posts

Monday, 8 September 2014

(Alegori) AIB


Aib Amerika
kalah di bumi Vietnam
cuba ditutup malu di bumi Islam
bagaikan pekung cuba diselindung
namun pekung tetap berbau
tetap terbuka.

Begitulah keadaannya
apabila sahabat bertukar menjadi musuh
aib dibuka tiada berahsia
cuba menutup tembelang dirinya
angkara malu suka berangkara
fitnah dijaja - direka.

Bukalah mata lihatlah wayangnya.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
08/09/2014.

No comments:

Post a Comment