Sayang!
Maafkan aku
bukan sengaja aku menjauh dari dirimu
apatah lagi bukan maksudku
menghindari dirimu
inikan pula mengkhianati cinta kita
cinta yang kita bina setelah sekian lama.
Sayang!
Percayalah
aku amat menyintai dirimu
aku amat mengasihi dirimu
dan kerana cinta kita, demi cinta kita
aku rela mengambil keputusan begini
menjauhkan diri untuk kebahagiaanmu
dan biarlah engkau membenci diriku.
Sayang!
Mengertilah
bertapa tersiksanya aku ketika ini
bertapa terlukanya aku di saat ini
kerana terpaksa berpura-pura
seolah-olah membencimu
dan menjauhkan diriku dari dirimu.
Siksanya tidak tergambar olehku
siksa terpaksa berpura bahagia
sedangkan hatiku amat sengsara
di tambah pula dengan siksanya penyakit
yang aku tanggung ketika ini.
Sayang!
Tabahkanlah hatimu
tabahkanlah hatimu ketika ini
kerana mungkin di saat engkau membaca naskahku ini
aku telah tiada lagi di sisimu
aku telah tiada lagi di dunia yang fana ini.
Aku telah kembali ke sisi-Nya
aku telah kembali kepada-Nya
kembali kepada penciptaku
kembali kepada Allah yang maha perkasa lagi maha besar.
Ya sayang!
Ketahuilah olehmu
bahawa penyakit yang aku alami selama ini
yang aku sembunyikan dari pengetahuanmu
telah meragut nyawaku.
BARAH telah menjemput ajalku.
Ya BARAH!
Aku menghidap barah peringkat ke tiga
barah yang tiada ubatnya
hanya berserah hingga ajal menyapa tiba.
Sayang!
Di akhir bicara
aku mohon kemaafan darimu
aku mohon keampunan darimu
andai engkau teramat benci kepadaku.
SELAMAT TINGGAL SAYANG
SELAMAT TINGGAL KEKASIHKU
KENANGLAH DAKU DALAM DOAMU
DAN SEDEKAHKANLAH AL-FATEHA UNTUKKU
Hanya itu permintaan terakhirku.
Dan sayang!
Izinkanlah dan kau perkenankanlah permintaanku ini
permintaanku untuk membawa kasih dan sayangku terhadapmu
ke dalam liang lahadku.
SELAMAT TINGGAL SAYANGKU
KEKASIHMU DUNIA AKHIRAT.
ss-z/spl/pr..18-JAN-2012.
NUKILAN PERMINTAAN ADIKKU INTAN NRO YANG SEDANG BERTARUNG DENGAN BARAH.
Sayang!
Maafkan aku
bukan sengaja aku menjauh dari dirimu
apatah lagi bukan maksudku
menghindari dirimu
inikan pula mengkhianati cinta kita
cinta yang kita bina setelah sekian lama.
Sayang!
Percayalah
aku amat menyintai dirimu
aku amat mengasihi dirimu
dan kerana cinta kita, demi cinta kita
aku rela mengambil keputusan begini
menjauhkan diri untuk kebahagiaanmu
dan biarlah engkau membenci diriku.
Sayang!
Mengertilah
bertapa tersiksanya aku ketika ini
bertapa terlukanya aku di saat ini
kerana terpaksa berpura-pura
seolah-olah membencimu
dan menjauhkan diriku dari dirimu.
Siksanya tidak tergambar olehku
siksa terpaksa berpura bahagia
sedangkan hatiku amat sengsara
di tambah pula dengan siksanya penyakit
yang aku tanggung ketika ini.
Sayang!
Tabahkanlah hatimu
tabahkanlah hatimu ketika ini
kerana mungkin di saat engkau membaca naskahku ini
aku telah tiada lagi di sisimu
aku telah tiada lagi di dunia yang fana ini.
Aku telah kembali ke sisi-Nya
aku telah kembali kepada-Nya
kembali kepada penciptaku
kembali kepada Allah yang maha perkasa lagi maha besar.
Ya sayang!
Ketahuilah olehmu
bahawa penyakit yang aku alami selama ini
yang aku sembunyikan dari pengetahuanmu
telah meragut nyawaku.
BARAH telah menjemput ajalku.
Ya BARAH!
Aku menghidap barah peringkat ke tiga
barah yang tiada ubatnya
hanya berserah hingga ajal menyapa tiba.
Sayang!
Di akhir bicara
aku mohon kemaafan darimu
aku mohon keampunan darimu
andai engkau teramat benci kepadaku.
SELAMAT TINGGAL SAYANG
SELAMAT TINGGAL KEKASIHKU
KENANGLAH DAKU DALAM DOAMU
DAN SEDEKAHKANLAH AL-FATEHA UNTUKKU
Hanya itu permintaan terakhirku.
Dan sayang!
Izinkanlah dan kau perkenankanlah permintaanku ini
permintaanku untuk membawa kasih dan sayangku terhadapmu
ke dalam liang lahadku.
SELAMAT TINGGAL SAYANGKU
KEKASIHMU DUNIA AKHIRAT.
ss-z/spl/pr..18-JAN-2012.
NUKILAN PERMINTAAN ADIKKU INTAN NRO YANG SEDANG BERTARUNG DENGAN BARAH.
No comments:
Post a Comment