Ketam batu memakai baju
bajunya baru dibeli semalam
semalamkan hari Sabtu
Sabtu minggu kedua pula tu
minggu kedua tahun baru.
Ketam batu menyangkut baju
bajunya tadi baru dipakai
dipakai tak lama dibuka semula
dibuka katanya takut berkedut
berkedut nanti tak cantik, sambung katanya.
Ketam batu menyambung kata
katanya baik kau buka bajumu itu
bajumu itu jelas di mata berkedut seribu
berkedut seribu kerana dah pakai lama
bila dah pakai lama kenalah buka semula
barulah tidak berkedut bajumu.
Ketam batu mengajar sesuatu yang baru.
Betul ke ajarannya!
Pelik pula ajarannya kali ini?
Ketam batu, ketam batu.
ss-z/spl/pr..15-JAN-2012.
Ketam batu memakai baju
bajunya baru dibeli semalam
semalamkan hari Sabtu
Sabtu minggu kedua pula tu
minggu kedua tahun baru.
Ketam batu menyangkut baju
bajunya tadi baru dipakai
dipakai tak lama dibuka semula
dibuka katanya takut berkedut
berkedut nanti tak cantik, sambung katanya.
Ketam batu menyambung kata
katanya baik kau buka bajumu itu
bajumu itu jelas di mata berkedut seribu
berkedut seribu kerana dah pakai lama
bila dah pakai lama kenalah buka semula
barulah tidak berkedut bajumu.
Ketam batu mengajar sesuatu yang baru.
Betul ke ajarannya!
Pelik pula ajarannya kali ini?
Ketam batu, ketam batu.
ss-z/spl/pr..15-JAN-2012.
No comments:
Post a Comment