Wednesday, 1 February 2012

KERANAMU SAYANG



Sayang!
Hatiku seakan melayang
tatkala aku membayangkan
bertemumu
berjalan beriringan bersamamu
saling bahu membahu
berpimpin tangan,
tanganmu dan tanganku.

Sayang!
Hatiku seakan melayang
tatkala aku membayangkan
hidup bersamamu
sebumbung denganmu
di bawah ikatan sebuah pernikahan
disaksikan satu persandingan,
persandingan dirimu dan diriku.

Sayang!
Hatiku benar-benar melayang
tatkala aku membayangkan
lahirnya sepasang zuriat
cukuplah walau hanya sepasang, lelaki dan perempuan
yang akan menambaheratkan ikatan kekeluargaan
berteraskan kasih dan sayang,
kasih sayang yang berkekalan.

Sayang!
Aku benar-benar melayang
tatkala aku terlanggar pohon ketapang
sehingga jalanku terhoyong hayang
mundar mandir nyaris tak jatuh longkang.

Tatkala itu
barulah aku tersedar, sayang
yang aku berangan-angan sebenarnya
hingga gelap gelita segala pemandangan
kerana di perdu pohon ketapang
di situlah aku di jumpa jiran tetangga
pengsan tidak ingat dunia.

Kerana berangan-angan bertemu denganmu
aku digelakkan semua tetangga
dengan tidak rasa jemu.

Sebulan sayang!
Sebulan aku digelakkan mereka semua
hanyalah kerana dirimu, sayangku.

ss-z/spl/pr..18-JAN-2012.

No comments:

Post a Comment