Wednesday, 1 February 2012

USAHLAH ADA RASA CURIGA



Kini, ketika ini dan di masa ini.

Tikamlah senjata, tak akan tembusi badan kita
tetaklah di mana suka, tidak akan putus juga rasanya.

Dilanggar garuda, lagilah tak akan hancur kita!

Dirempuh kereta?

Percayalah apa yang akan saya katakan di sini!
Tidak akan mati punya kita.

Betul apa!
Betullah apa yang saya kata.

Kerana kita hanya berada di alam maya ketika ini
bukannya berada di luar sana
di alam yang nyata.

Tidak pernah pun kita bertentang mata
apa lagi bersua muka sesama kita.

Jadi betullah apa yang saya katakan tadi!

Fikirlah kembali sahabatku
akan logiknya kata-kata dariku.

Usahlah ada rasa curiga.

ss-z/spl/pr..18-JAN-2012.

No comments:

Post a Comment