Wednesday, 1 February 2012

ATAS NAMA PERSAHABATAN



Sahabat!
Bukan mudah untuk aku berbicara
bukan mudah untuk aku bermadah pujangga
bukan mudah juga untuk aku bermesra.

Tapi keranamu sahabat!
Dan atas nama persahabatan kita!
Aku gagahi juga mengaturkan kata-kata bicara.

Kerana kamu sahabatku!
Dan kerana sayangkan persahabatan yang telah kita pupuk bersama!
Aku cuba mempertahankan persahabatan kita.

Di sini aku mengatur sepuluh jari hina
di sini juga aku susun seribu jari di hadapanmu
memohon ampun dan maaf andai termampu
semuga engkau bisa memaafkan, andai ada kesilapan dariku.

Sahabat!
Jangan kerana seorang wanita kita berseteru!
Jangan kerana seorang wanita kita bermasam muka!
Jangan juga kerana seorang wanita kita hilang persahabatan kita.

Atas nama puisi yang kita ceburi bersama!
Atas nama sastera yang kita agungkan terasnya!
Kita adalah sahabat sepuisi seminda
kita semua adalah sahabat searena.

Jangan kerana hanya berbalas-balas puisi sesama kita!
Jangan hanya kerana berlumba-lumba nukilan sesama kita semua
engkau tersalah sangka bahawa kami ingin merampas wanita yang engkau puja
ingin merampas kebahagiaan yang engkau kecapi bersamanya.

Hargailah sahabatku!
Hargailah akan persahabatan yang kita bina
semuga persahabatan kita kekal selama-lamanya.

Maafkan aku sahabatku
maafkan aku sahabat sepuisiku.

ss-z/spl/pr..18-JAN-2012.

No comments:

Post a Comment