Tersentuh hatiku menikmatinya
terdetik jiwaku menghayatinya
melihat keindahan alam maya
keindahan berseni tercipta di hadapan mata.
Kuasa alam bersama tariannya
menarikan tarian simfoni menghayalkan
begitu harmoni aman dan damai nikmatnya
bergema bisu hanya hati yang merasa.
Dandelion sedang menyebarkan benihnya
berterbangan di segenap ruang angkasa
melayang diterbangkan bayu ke udara
berona bahagia indah suasana.
Hati ini turut merasakannya
aman dan damai memenuhi ruangan deria
segala masaalah hilang seketika
kerana keasyikan melihat keindahan tercipta.
Kuasa alam menyebarkan benih-benih cinta.
ss-z/spl/pr..17-JAN-2012.
Tersentuh hatiku menikmatinya
terdetik jiwaku menghayatinya
melihat keindahan alam maya
keindahan berseni tercipta di hadapan mata.
Kuasa alam bersama tariannya
menarikan tarian simfoni menghayalkan
begitu harmoni aman dan damai nikmatnya
bergema bisu hanya hati yang merasa.
Dandelion sedang menyebarkan benihnya
berterbangan di segenap ruang angkasa
melayang diterbangkan bayu ke udara
berona bahagia indah suasana.
Hati ini turut merasakannya
aman dan damai memenuhi ruangan deria
segala masaalah hilang seketika
kerana keasyikan melihat keindahan tercipta.
Kuasa alam menyebarkan benih-benih cinta.
ss-z/spl/pr..17-JAN-2012.
No comments:
Post a Comment