Wednesday, 1 February 2012

NAFSU KUDA



Nafsukuda bermaharajalela
bagaikan liarnya kuda
bermain gila
pantang lihat anak dara
nafsu memuncak tidak kira masa.

Nafsukuda bermaharajalela
tidak kira tua atau muda
asalkan ada
sebat sahaja tak kira masa
janji nafsu yang bergelora tidak terseka.

Nafsukuda bermaharajalela
berangkaradurjana
ubatnya sentiasa ada
tidak percaya pergi tengok di kakikaki lima
Jalan Bot ada, Jalan Chow Kit lagilah macam syurga
pendekkata macammacam ada.

Nafsukuda bermaharajelela
lelaki perempuan sama sahaja
halal haram dah tidak diambil kira
sampai anak pun jadi mangsa
tak kira anakdara ka atau anakteruna ka
janji nafsu mak dan bapaknya terlaksana.

Nafsukuda bermaharajalela
akibat kemaruk pilkuda
yang dibeli di kakikakilima sana!
Yang hairannya!
Mana pergi penguatkuasa?
Sampai pembekalnya pula bermaharajalela
bebas berniaga di tempat awam secara terbuka.

Promosi mereka!
Dan kata mereka ler bukan saya!

"Mari abangabang, kakakkakak semua
jangan terlepas peluang yang tersedia
pil ini digerenti selamat punya
untuk mengatasi masaalah di ranjang sana
asal jangan mati pucuk sebelum usia tua
terkulai cepat sebelum bermulanya adengan asmara
kekalkan prestasi tingkatkan produktiviti sentiasa
pasangan tersenyum 'GOOD' katanya, sambil bersendawa."

Akhirnya bekalan terputus, doktor pula yang dijumpa
akibat kemaluannya yang tidak sempurna
layu tidak berkembang terkulai juga selamalamanya.

Akibat rangsangan pramula pil kuda!.

ss-z/spl/pr..17-JAN-2012.

No comments:

Post a Comment