Sunday 24 August 2014

AKU DISAMAN SARJAN


Aku ditahan tiga calit
di simpang berbukit
aku tanya "Apa khabar bro sarjan"
dia jawab "Matikan enjin".

Aku mula rasa gelisah
berdiri tak tentu arah
aku cuba menjelaskan "Basikal mana ada enjin sarjan"
dia kata "Kau jangan nak buat lawak 'surgeon' ... "

Aku pandang dia mata tidak berkenyit
dia pandang kepadaku dengan misai yang hangit
"Ni mana nombor pendaftarannya ni?"
aku yang buat lawak ke dia yang buat lawak?

"Basikal mana ada nombor pendaftaran sarjan ... ,
rasanya tak pernah aku dengar selama ini"
Dengan muka selamba dia menulis sesuatu di dalam buku
"Minta sain" dia menghulurkan sehelai kertas bacin.

Hanya kerana raga basikalku senget
mata sarjan mula mengenyit
ada ke dia kata aku menyindir perutnya yang buncit
nak aje aku 'suap' nasi hanget.

"PON PON"
aku keluarkan bunyi hon
beredar dengan penuh kederasan
meninggalkan sarjan sendirian.

Kisah satu hari di wad Tanjung Rambutan
dalam sketsa aku disaman sarjan.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
24/08/2014.

No comments:

Post a Comment