Tuesday 19 August 2014

BENDERA SEPARUH TIANG


Jumaat
duapuluh dua Ogos
duaribu empatbelas
hari berkabung seluruh Malaysia
mengenang dan menghormati
mangsa-mangsa nahas
MH17 dan MH370
disarankan bendera negara
dan negeri
dikibarkan separuh tiang
di premis dan bangunan
bertafakur dan berdoa
bersedekah Fatihah.

Bersatu rakyat dalam sunyi.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment