Recent Posts

Thursday, 21 August 2014

GURINDAM JIKA HATI


Jika hati seputih awan
ke mana pergi ramai kawan.


Jika hati sesuci embun
tutur dan laku pasti bersantun.


Jika hati sebening subuh
dugaan datang tak pernah mengeluh.


Jika hati secantik ombak
kejayaan dicapai tak timbulkan riak.


Jika hati selembut angin
ukhuwah berpanjangan pasti terjalin.


Jika hati sebersih kapas
tuntutan agama tak pernah culas.


Jika hati sehampar bumi
rasa kasih pasti bersemi.


Jika hati sedingin pagi
amarah pasti berlalu pergi.


Jika hati seindah bulan
di mana berada mengumpul taulan.


Jika hati semanis madu
hubungan renggang kembali berpadu.


Qalam Bertinta
Klang
21082014
1005am

No comments:

Post a Comment