Recent Posts

Saturday, 23 August 2014

SYAIR PENTASAN KEHIDUPAN


Sepasang merpati dua sejoli
di atas ampai leka menari
sambil mementaskan opera mini
skop penceritaan 'The Scary Movie'

jatuh sidaian ke atas tanah
berpeta-peta najis berkumbah
di hati aku penuh seranah
kalau nak bercinta usah menyusah

mata memandang penuh berbulu
puas dihalau datangnya selalu
apa digila ampaiannya aku
seronoknya dia yang susahnya aku

wahai merpati dengarlah nasihat
sentiasa berfikir sentiasa beringat
bercinta itu satu amanat
janganlah pula dijadikan musibat

pandai buat pandailah simpan
jangan menunjuk aku tak hairan
ingatlah selalu kepada Tuhan
bercinta boleh tapi berijabkabulkan

satu lagi aku nak pesan
carilah bilik bukannya di ampaian
nak buat apapun tidak menyusahkan
usah menunjuk perkara tak sopan.

Sampai menyumpah si Eman Manan.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
23/08/2014.

No comments:

Post a Comment