Recent Posts

Friday, 15 August 2014

GURINDAM MERAFAK SETIA KE BAWAH DULI


Tetak jangan sebarang tetak,
takut tetak menanti retak.

Gertak jangan sebarang gertak
takut gertak meroboh teratak.

Rentak jagalah rentak,
takut rentak bertukar bentak.

Injak jangan menginjak,
sultan usah dipijak.

Ombak bukan sebarang ombak,
tombak bukan sebarang tombak.

Dagang bukan sebarang dagang,
pegang bukan sebarang pegang.

Buah nangka bukan sebarang nangka,
sembah derhaka bukan sebarang derhaka.

Melayu tetap melayu,
sultan melayu tetap warisan melayu.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment