Friday 22 August 2014

SATU KISAH BERLANDASKAN SEJARAH


Pernah satu waktu dahulu Yuen Shi-kai ada berkata walau kerusi Presiden tidak selesa dan berjarum seribu namun dia tetap berhasrat merasai bagaimana rasanya untuk menduduki kerusi tersebut ketika Dr Sun Yut-Seng menawarkan untuk mengosongkan kerusi presiden kepada sesiapa yang mampu menurunkan keluarga diraja dari tahta tampuk kuasa negara China di zaman revolusi rakyat China pada tahun 1912.

Mungkin begitulah yang terjadi ketika ini di Selangor tapi bukan kejatuhan institusi diraja tapi kejatuhan menteri besarnya. Walaupun tahu kerusi MB panas dilingkari api durjana serta berjarum seribu malah mungkin juga berjuta jarum berbisa yang bakal mencucuk punggung orang yang akan mendudukinya namun kerusi itu jugalah yang direbut dan dipuja.

Untuk apa?

Mungkin untuk merasai nikmat dan sensasi kehebatan memegang tampuk kuasa.

Cuma diharapkan kepada mereka yang berhasrat mendudukinya untuk lebih berwaspada kerana kerusi itu bukan sahaja merbahaya tapi berpuaka kewujudannya. Ibarat kerusi yang dicipta oleh sang al-gojo untuk mencantas kepala dan jatuhnya terus ke dalam raga.

Entahlah.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
22/08/2014.

No comments:

Post a Comment