Recent Posts

Saturday, 23 August 2014

MALAYSIA IBU PERTIWI


Damaimu Malaysia
aman dan tenteram
tidak seperti Gaza
mahupun Iraq.

Anak-anakmu bebas
berlarian mengejar agas
di padang luas
lalang subur bertunas.

Tiada perang
tiada kebuluran
tiada korban
tiada berantai sempadan.

Malaysia dikaulah ibu pertiwi
yang kami semai seluruh budi
bergalas cangkul di sawah padi
tidak menggalas senjata api.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
23/08/2014.

No comments:

Post a Comment