Thursday 21 August 2014

IKAN-IKAN LAPAR


Ikan-ikan aku engkar
pabila bermata bugar
dinding kaca akuarium dilanggar
kerana aku tegar
tidak menghidang ulat segar
perut-perut kebulur lapar.

Maaf bulan ini budget tersasar
rembulan belum mengambang besar
poket aku yang rabak kasar
cukuplah roti tawar
buat menggalas tembolok kucar.

Perut aku pun lapar.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment