Monday 18 August 2014

DALAM PERHATIAN


AWAS! ANDA DALAM PERHATIAN

... di perhentian bas berhenti
dan tidak berhenti mahupun sehenti
di pusat membeli dan belah
atau tidak mahu belah
di sekolah
di kawasan rumah
ada taman
atau tiada bertaman.

Pendek kata di mana sahaja kawasan
anda boleh berada
atau tidak sepatutnya berada
anda sedang diperhatikan
mata-mata yang bermata
atau tidak bermata

jadinya ... ,

adalah terlebih baik anda berada di rumah
bukan merayap tak sudah-sudah
atau ponteng sekolah.

Pesanan ini kepada murid-murid sekolah
terutamanya anak aku ... penat dah ayah
berceloteh tak sudah-sudah.

TAK TAHU KE ANDA SEDANG DIPERHATIKAN?

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment