Monday 18 August 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA


Di sini lahirnya sebuah cinta
kepada Tuhan dan agama
kepada raja dan negara
kepada perlembagaan terpelihara
kepada kedaulatan undang-undang dicipta
kepada kesopanan serta kesusilaan rakyatnya

di dalam keluhuran
di dalam ketaatan
di dalam kerukunan
di dalam kebebasan
di dalam perjuangan

mendukung sebuah negara merdeka
Malaysia tercinta.

Di sini lahirnya gema
rakyat pelbagai kaum dan bangsa
bebas minda, jiwa dan raga
hidup aman sentosa
berbudaya.

Di sini kuzahirkan sebuah cinta
tanpa syarat batasnya.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment