Saturday 23 August 2014

AKU JATUH CINTA LAGI


Pernah dahulu aku jatuh cinta
pada kecantikan lukisan Monalisa
karya Leonardo Da Vinci
hidup di kanvas mati.

Pernah juga aku jatuh cinta
pada karya Kekasih
ciptaan Sasterawan Negara Dato' Usman Awang
banyak pesan berpesan.

Selama ini aku cinta
akan karya Tri-V
dipelopori bapak Agi
punyai suara, lisan dan penglihatan.

Dan kini aku jatuh cinta lagi
kepada karya penggayaan Alusi
yang banyak memberi kesan
nilai-nilai persuratan.

Entah apa pula yang aku jatuh cinta selepas ini
selagi aku masih bernyawa
selagi gila sastera masih bergema
selagi ilham masih kupunya.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
23/08/2014.

No comments:

Post a Comment