Recent Posts

Saturday, 30 August 2014

PANTUN MENCELAK MATA


Rongoh si alu ketuk kelapa,
kidung keroncong di tepi lorong;
Sungguh kumalu untuk menyapa,
hidung tak mancung pipi tersorong.

Bersua celak matanya kasar,
ciku dipunya kancil penyabar;
Mua terselak namanya besar,
diriku hanya sekecil selumbar.

Mati si pari biduk ke tanjung,
cerana ciku lokan terlupa;
Kubawa diri duduk di anjung,
kerana diriku bukan sesiapa.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
29/08/2014.


Rongoh = rongok rongak, rumpang.
Alu = kayu dan sebagainya sebagai alat penumbuk padi; antan.
Kidung = nyanyian.
Mua = muka.
Cerana = bekas berbentuk seperti dulang bulat serta berkaki (dibuat daripada logam untuk tempat sirih dan lain-lain).

No comments:

Post a Comment