Saturday 23 August 2014

TAK TAHAN LAGI


Sejuknya malam ni
rasanya masa Titanic tenggelam
akibat terlanggar bongkah ais berbatu-batu
tidak sesejuk malam ini.

Hujan pula bagai Charlie Chaplin
berlawak tak kena tempat
rasanya tangisan Hiroshima dahulu
tidak selebat mahupun serenyai malam ini.

Baju-baju tebal melayang di kaki-kaki lima
bagai tiada pemakai di dalamnya
mungkin MC Hamer berkerudung kepala
di kaki lima gelap gelita, nampak gigi sahaja.

Aku pun begitu juga
berbaju tebal bagai eskimo
di bangku usang kaki separa melunjur
nak bangun rasa malu kat itik.

Terpaksalah aku duduk membatu
walau terasa ngilu bersembilu
mungkin akan membeku itu harapanku
tidaklah perlu aku bangun selalu.

Ahhh! Bebudak yang turun senyum kepadaku
mungkinkah mereka tahu
apa yang terpendam di lubuk kalbu
di dalam senyum kelat balasanku.

Ahh ... tak tahan lagi
tiba-tiba pula Melly Goeslow menyanyi
jumpa lagilah kalau begitu
doktor tan dan das telah menyeru.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
23/08/2014.

No comments:

Post a Comment