Recent Posts

Sunday, 17 August 2014

ANAK DAH BESAR III


Anak tak tahu
ayah kena rotan
di pejabat sekolah
oleh pengetua
kerana masalah disiplin
anak.

Anak tak tahu
tangan ayah bergari
di belakang balai polis
oleh ketua balai
kerana masalah sosial
anak.

Yang anak tahu

"Sazali dah besar ayah
siapa tak kenal sama Sazali
ketua samseng terbesar di ini
Singapura"

ataupun

"Zack dah besar ayah
Zack bukan budak kecil lagi
itu tak boleh - ini tak boleh
: AZURA ... "

Dah besar sangat-lah ya?
Sampai ayah yang terpaksa makan hati.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment