Recent Posts

Thursday, 7 August 2014

AKIDAH


Akidah tunjang ajaran Islam
berperanan menjadikan jiwa bersih
berpengaruh menjauhi larangan. 


Akidah yang mantap
menjadi asas
keutuhan suami isteri dan keluarga.


Keimanan yang teguh
akan sentiasa menjadi teras
melaksanakan tanggungjawab.


Kejujuran dan keikhlasan
akan menghasilkan
sebuah kehidupan yang baik.


Semuanya ada ganjaran
oleh Allah SWT
di atas setiap amalan dilakukan.


Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment