Recent Posts

Friday, 8 August 2014

ANAK DAH BESAR


Anak dah besar
ayah hanya ada rumah kayu
kawan ada lombong emas
di tengkuk
di leher, berkilau-kilauan.


Anak dah besar
ayah hanya ada kereta lembu
kawan kereta berlambang kuda
di litar lumba
F1, drift sekali sekala.


Anak dah besar
ayah hilang di mata
di hati juga
malu berpimpin tangan bila berjalan
kawan-kawan pandang.


Anak dah besar.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment