Friday 8 August 2014

BERLAPIK MEJA DI KEPALA


Kuletak kepala atas meja
mendengar indah lagu raya
mendayu-dayu rasa
di hati pilu berbahasa
berlayar seketika. 


Soksek soksek ... ,

Hidung bergosok minyak kapak
bernafas dalam debu serdak
serak merafak
di anak tekak terasa kahak
keluarnya tidak.


Di Samsung Geleksi SIII
aku melayani keindahan maya
di angkasa jiwa
asalkan ada
kerana rayaku tidak seperti raya.


Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment