Tuesday 12 August 2014

FACEBOOK


Adanya, mewarnai hidup
bagai pelangi di langit redup
menyusun warna sumber maklumat
kalam berasam garam khasiat.

Tiadanya, akan berkudup
bagai langit di ambang lingkup
putih mendatang dalam bersikat
hitam pula merapat sakat.

Gunakan akal tatang berpinggan
bukan menambah tingkat bertindan
usah kelambu mahu dibakar
dek seekor nyamuk pelaku onar.

Tunjukkan matang akal yang ada
bukan kebudakan diada-ada
mandat diberi untuk mencurah bakti
bukan untuk rakus membuli.

Facebook satu keperluan
menyampaikan maklumat rakyat perlukan
gunakan akal wajibkan daftar
bukan menutup menunjukkan pijar.

Menang-menang bukan kalah berdebu.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment