Wednesday 13 August 2014

LUDAHAN SUNGAI KELANG


Langit menangis
lebat teresak
daki-daki kota pun hanyut
berolak airnya berbolak
berombak membuak-buak
ke muara sungai diharap menadah
berserta tuah
namun sungai tidak menyembah
semakin menyampah
diludah bahan berkumbah
sebagai bah tertumpah limpah
kerana geli di kuala tekak
air disalirkan bersireh kerak
pinang dicampur kapur berak
meloya dan menyemarak
kelat berkahak serdak. 


Sungai Kelang selamanya bertulah.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment