Recent Posts

Monday, 11 August 2014

PANTUN MALAYSIA MERDEKA


Ruang bertiti susunkan anggerik,
bukan mengada sejukkan hawa;
Pejuang sejati tidak-kan serik,
merdekakan minda merdekakan jiwa.

Semarakkan rasa tegakkan dada,
bekalan dari pejuang sekutu;
Gerakkan usaha ledakkan minda,
berjalan berlari di ruang bersatu.

Kembang cempaka hayat teraju,
jambangan lumat tika menggaru;
Di ambang merdeka rakyat menuju,
laungan keramat merdeka diseru.

Muda merusuh liku bernisan,
usia mereka hujah berangan;
Kepada musuh aku berpesan,
Malaysia merdeka diterjah jangan.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment