Recent Posts

Thursday, 7 August 2014

PANTUN PAK JAGA DI SATU SYAWAL


Bergema sudah takbir raya,
disambut dengan rasa bersyukur;
Tersentuh sudah di hati saya,
di meja besar tersenyum akur.


Gema takbir jelas laungan,
di corong surau menusuk dada;
Kupohon maaf menghulur tangan,
lupakan saja sengketa yang ada.


Kanak-kanak riang gembira,
berlari-lari main bungapi;
Serak-serak tergumam suara,
di wajah berseri di hati sepi.


Laungan takbir semakin rancak,
di meja besar kulaungkan juga;
Di hari esok aku terpacak,
mengikut rasmi raya pak jaga.


Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
malam satu Syawal.


No comments:

Post a Comment