Recent Posts

Friday, 8 August 2014

PANTUN SENDA LEPAS RAYA


Senduduk, terung, kerdas dan mangga,
ditebang-tebang di padang bola;
duduk termenung di atas tangga,
mengenang hutang panjang berjela.


Nyonya meniti permatang tabib,
sakit dan sengal lemah di keting;
sedihnya hati mengenang nasib,
duit yang tinggal hanyalah syiling.


Letak pinang di para sempit,
buah pauh segera ditatang;
anak riang mengira duit,
ayah mengeluh mengira hutang.


Celah paya kera terpana,
rebah ketitir pengsan terlentang;
sambutlah raya cara sederhana,
usah membazir elakkan hutang.


Nyonya ke pekan mencari penganan,
buah rotan merata desa;
raya meraikan hari kemenangan,
setelah sebulan kita berpuasa.


Qalam Bertinta
Klang
07082014
2225pm

No comments:

Post a Comment