Recent Posts

Friday, 8 August 2014

PANTUN SENDA TOK WI LEPAS RAYA


Anak itik To Wi,
mandi dalam kolam;
lepas raya pucat lesi,
duit syiling tinggal segenggam.


Anak itik To Wi,
jalan tepi batas;
lepas raya gigit jari,
pergi kerja naik bas.


Anak itik Tok Wi,
tersadung masuk longkang;
lepas raya hilangkan diri,
sebab banyak hutang.


Anak itik Tok Wi,
jatuh dalam bendang;
lepas raya senyap sunyi,
takut Ah Long datang.


Anak itik Tok Wi,
lambai panggil helang;
lepas raya sakit gigi,
asyik gigit tulang.


Qalam Bertinta
Klang
08082014
1155am

No comments:

Post a Comment