Recent Posts

Friday, 8 August 2014

SYAWAL BERLALU


Sayu
di hati pilu
syawal berlalu
tidak menunggu.


Pilu
di hati syahdu
terasa rindu
raya-raya dahulu.


Syahdu
di hati sebu
syawal bagiku
pengerat kalbu.


Sebu
di hati berlagu
dendangan sang bayu
menyapa sendu.


Syawal pun berlalu.

Sazalee Sulaiman, Nilai.

No comments:

Post a Comment