koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Showing posts with label Jue Affendi. Show all posts
Showing posts with label Jue Affendi. Show all posts
Thursday, 26 December 2013
~ Musang berjanggut ~
watak tua pemburu cinta
menabur kasih dan bunga-bunga cinta
mahu mengisi kesepian jiwa
tak kira janda, dara mahupun isteri sepi
ayat cinta penuh bunga-bunga
perangkap cinta bukan satu
malah tidak terkira
musang berjanggut
memang setia menanti
perangkap cintanya
dimasuki mangsa
kalau dara yang tiba
itu rezeki berganda
kalau janda yang masuk
bonus buatnya
kalau isteri orang
lagi dia suka
musang berjanggut
tak kira siapa
janji manisnya amat bahaya
cintanya hanya sementara
alasannya macam biasa
ketentuan Tuhan alasan utama
tiada jodoh hanya ungkapannya
yang merana
mangsa yang ditinggalkannya
menanggung aib tidak terkata
musang berjanggut hilang
ketawa riang dalam ayat-ayat kesalnya
musang berjanggut bukan cerita baru
musang berjanggut punya kebanggaannya
Jue Affendi
Sunday, 24 November 2013
~ sembilu kasih ~
bertaburan kasmaran cinta
melata di pusara kepercayaan
hamburan kata nista
memenuhi laman
berciciran titisan darah
sepanjang perjalanan
terhina di pelantar
merenung segala kesilapan
atas dasar satu kepercayaan
merungkai segala kelam di kalbu
dalam samar terik mentari
usah kaurayu lagi
kudung kakimu
cacatnya lenganmu
pelatnya bicaramu
tidak tersembunyi dalam indah bicaramu
tidak terselindung dalam senyumanmu
engkau kuburkanlah segalanya
bersama segala yang
engkau ada.
Jue Affendi
Thursday, 31 October 2013
~ atas nama cinta ~
macam-macam jadinya
macam-macam ceritanya
ada suka tak ingat dunia
ada duka lupa diri
ada selamba buat bodoh
dalam mukabuku
lagi aku pening kepala
hari ini dia
esok dia
lusa dia
dalam mukabuku
semalam bertunang
hari ini putus tunang
esok terbang melayang
lepas itu serang menyerang
atas nama cinta
aku pening kepala
untuk fikirkan
mana satu
cerita benarnya
atas nama cinta, aku pening kepala
Jue Affendi
Thursday, 24 October 2013
~ waktu yang terluang ~
bukan senang untuk berdendang
bukan mudah untuk bersyair
walaupun siulan sedap didengar
belum tentu merdu suaranya
terjahan bisa membingitkan
antara waktu terluang
aku mencari silapku
menghitung dosaku
punca kerana
yang pasti
gagal
dalam waktu terluang
kugubah lirik lagu ini
kutambah siulan merdu
agar menjadi nyanyian aku
mengenangkan masa lalu
sementara ada waktu
untuk memikirkan
irama apa untuk hari esok
waktu yang terluang, hari ini mungkin tidak untuk hari esok
Jue Affendi
Friday, 11 October 2013
Langkah ketam jantan
angkuh dan bongkak
pandai segalanya
konon ilmuan serbanikanya
ilmu agama sebesar serban
ilmu dunia sepanjang gurun
bersyarah umpama pendita
berkhutbah umpama khatib di mimbar
cerita kosong mengisi ruang
bergegar tiang warung jalanan
kosong bagai angin lalu
jika melangkah menuju
kejayaan
langkahlah ke hadapan
bukan mengiring
mengensut kiri dan kanan
walaupun engkau jantan
malangnya hidupmu
yang membalut luka
dengan haruman lidah
menutup pekong dengan lumpur
berlindung dalam wajah manis
tapi menjijikkan
engkau lihatlah
bagaimana ketam jantan melangkah
Jue Affendi
Wednesday, 25 September 2013
bicara
alas lembut
lidah tidak bertulang
menghakis daki-daki keraguan
membina indah mahligai hidup
dalam kepuraan
bicara
insan-insan hodoh
yang menyerikan muka
dengan alasan berbunga
memang tiada malu
meleweh
bongkak dan sombong pada diri
bicara
umpama tembok
memisah kedaifan diri
mengadap cermin retak beribu
mengalih dusta untuk dibenarkan
zalimnya sifat peribadi
ditutup dengan bicara
bicara
biarlah datang dari jiwa suci
bukan untuk mendabik dada
bermegah diri
berkongsi kebaikan
untuk menjadi
amal jariah diri
bicara aku hanya mampu setakat ini
Jue Affendi.
24.9.2013
Saturday, 21 September 2013
~ bila kulupa ~
bila aku lupa
tiada siapa boleh dirujuk
namanya bukan satu
tapi beribu
untuk ini
untuk itu
jangan salah tulis
nanti jadi haru biru
jangan salah bagi
nanti ada masuk ICU
bila aku lupa
tiada siapa boleh dirujuk
apa lagi yang aku mampu
selain bagi ubat KK untuk kamu
lagipun
di sini
hanya itu yang ada
bila aku lupa
boleh buat aku ketawa..
bukan aku sengaja
bukan lawak bukan jenaka
aku memang lupa
Jue Affendi.
Thursday, 5 September 2013
karamnya bahtera merdeka
tika jalur gemilang dikibarkan
laungan merdeka dilafaskan
sengketa membelah budaya
kesopanan dibuang
hormat tiada
tanah yang berdaulat
tanah tempat tumpah darahku
hanyalah menjadi hiasan
di dinding-dinding
di jalanan
tiada penghayatan
tiada diertikan
dalam satu genggaman
karamnya bahtera merdeka
bila hilang kata sepakat.
Jue Affendi
Saturday, 17 August 2013
~ terjaga dari lena ~
begitu jauh perjalanan
yang harus aku lalui
bertatih memulihkan
kudrat dari Illahi
tersembam dan tertiarap
longlai tak terperi
mulus mencari
kehadiran diri
musibah yang datang
menyedarkan
keagungan Tuhan
mimipi-mimpi derita
yang tak pernah aku lalui
menjadi nyata
terlantar dingin kepanasan
bangun aku kali ini
adalah anugerahMu
aku akan berlari
mengejar dan mencari
khasiat kalamMu
sebagai panduan diri
laungan takbir
telah lama berlalu
tapi aku
bukan ketinggalan
terjaga aku dari lena meneruskan langkahku
Jue Affendi
Monday, 15 July 2013
doa isteri dan anak-anak sepanjang ramadan.
Ya Allah
Ya Rahman,Ya Rahim
Engkau Tuhan segala umat
walaupun Engkau pinjamkan ilmuMu
Engkau masih yang maha mengetahui
sesungguhnya aku
dalam keterujuaan
dengan mukjizatMu
Engkau tunjukkan pada kami
bahawa Engkau lebih mengetahui
Engkau zahirkan doa mereka
mengalirnya airmata isteri dan anak-anaknya
melihat keajaiban ini
begitu luas lautan harapan
yang Engkau tunjukkan dengan kasih sayangMu
sesunggohnya
aku sendiri menitiskan airmata
bila teknologi terkini
dinafikan kecanggihannya
kerana Qada dan QadarMU
Allah yang maha besar
doa isteri dan anak-anak sepanjang ramadhan
Jue Affendi
Friday, 5 July 2013
suram dan kedinginan
tika suram malam
mencengkam dingin
bayu-bayu mengibas
daun-daun jendela
jatuh berguguran
daun-daun basah ke bumi
terasa diri
kerdil di pelantar
kehidupan pinjaman Tuhan
penuh nikmat dan hikmahNya
penuh saat gembira
disulam cerita pedih kelmarin
suram dan kedinginan ini
membawa jiwa mengembara
mencari pengertian
mengasah tujuan
dalam menyusun titian kehidupan
membina jembatan ketakwaan
membina dinding keimanan
menyusur arus amalan
suram dan kedinginan ini
menyedarkan aku akan satu keperluan
mengapa aku hidup
Jue Affendi
Thursday, 4 July 2013
ayat lazim
ayat lazim waktu pagi
ibu atau bapa
cepat sarapan nanti lewat
duit belanja atas meja
di sekolah jangan main sahaja
belajar sunggoh-sunggoh
ayat lazim waktu tengahari
anak emak dah balik sekolah
belajar apa di sekolah tadi
cepat makan, nanti boleh mandi
cepat mandi, nanti boleh ulangkaji
cepat ulangkaji, buat kerja sekolah
ayat lazim waktu malam
lepas makan nanti baca buku
siapkan kerja sekolah
tidur cepat, esok pagi senang bangun
gosok baju sekolah dulu
itulah ayat lazimnya
tapi pernahkah ibu dan bapa
selak dan tengok
buku anak, selain dari ucapan ayat yang sama
oh ibu
oh ayah
bilakah kamu punya deria
untuk melihat sendiri
buku anakmu
Jue Affendi
buku teks
menteri kata
buku teks diberi percuma
semua murid dapat membaca
mengulang kaji jangan lupa
pengetua kata
buku teks semua dapat
berat atau ringan mesti bawa
tiap hari jangan lupa
ayat lazim setiap pengetua
ibu dan bapa
kesian anak aku
bawa buku berat berkilo
tambah wang saku buat belanja
beli air hilangkan dahaga
cikgu kata
murid-murid semua
buka muka surat sepuluh
jawab soalan yang ada
buku rujukan dari kedai
yang diguna
buku teks simpan dalam beg
murid-murid
ulang hal yang sama
pikul beg kerumah semula
buku lunyai bukan diguna
lunyai dipikul pergi dan balik
kesiannya buku teks gudang ilmu
dipersia-sia
Jue Affendi
rezeki ramadhan
syaaban bakal pergi
ramadhan bakal tiba
rezeki berkali ganda
yang tua diziarahi
yang melarat dikunjungi
yang yatim dihargai
kerana kemeriahan itu dikongsi
yang dulu menadah tangan
sekarang mereka dibilang
hadiah diberi
sumbangan dihulurkan
meleret senyuman
wajah-wajah berseri
syawal mula dihitung
saat gembira diraikan
mungkin seminggu
mungkin sebulan
akhirnya
keadaan menjadi sukar
kerana pemberian sekadar
mengisi ruang kosong dalam derita
maka nantikan lagi ramadhan akan datang, jika punya kesempatan
Jue Affendi
Wednesday, 3 July 2013
mati setelah kematian.
orang takut kepada kematian
dan tidak mengetahui
apa yang dihadapinya selepas kematian
mereka berasa apa yang dimiliki
sekarang lebih baik
daripada yang akan dihadapi nanti
kerana membayangkan betapa sulit
dan pedihnya pengalaman mati
dan sesudah mati.
juga kerana khuatir memikirkan
prihatin terhadap keluarga
ditinggalkan atau kerana
tidak mengetahui makna hidup
dan mati hingga mereka berasa cemas
menghadapi kematian
lahirlah pandangan optimis
dan pesimis terhadap kematian dan kehidupan.
manusia tidak mampu
mengetahui hakikat kematian
kerana ia satu daripada persoalan
ghaib paling besar.
apabila melihat bagaimana kematian
meragut nyawa manusia yang hidup
terutama orang paling dekat dan dicintai
seseorang itu semakin terdorong
untuk mengetahui hakikatnya
atau paling tidak ketika itu
terlintas dalam benaknya
suatu hari nanti mereka juga akan merasai kematian.
kehidupan sesudah kematian.adalah yang awal daripada suatu perjalanan panjang dalam kehidupan manusia.
Jue Affendi
Saturday, 29 June 2013
embun
setitis embun
besar maknanya
jika inilah penawar
menyambung nyawa
setitis embun
begitu berharga
tika kemarau
merekahkan danau
setitis embun
umpama permata
pada khazanah alam
buat setiap insan
setitis embun bisa menenggelamkan alam maya
Jue Affendi
Friday, 21 June 2013
Thursday, 20 June 2013
Tuesday, 18 June 2013
~ madah keresahan ~
tersandar di benteng resah
terkulai dipangkuan rindu
menanti siulan murai
berceloteh tentang kasih
memuingkan bentengannya
tersandar di benteng rindu
bagai perawi mencari madah
serungkup kisah silam
kelam menjadi hitam
hilang ditelan bayang-bayang
aksara bualan
menjadi fitnah
menghukum tanpa bukti
menisbahkan kata-kata
sebagai pamiran sibuta
di pelabuhan yang kian sepi
akhirnya keresahan membina kebencian ...
Jue Affendi
Subscribe to:
Posts (Atom)