koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Showing posts with label Ramid Jumdain. Show all posts
Showing posts with label Ramid Jumdain. Show all posts
Thursday, 17 October 2013
BUAT SAHABAT
Salam sayang dikau dan aku,
Salam kasih di angin lalu,
Salam rindu di bawa bayu,
Salam semua telah bersatu.
Menjadi teman setiap saat,
Untuk kamu para sahabat,
Yang jauh menjadi rapat,
Yang dekat semakin erat.
Ram
16.10.2013
Friday, 11 October 2013
RESAH
Saat menatap wajahmu lidah menjadi kelu,
Bila dekat dengan dirimu aku menjadi bisu,
Tiba masa kaumenyapa aku menjadi kaku,
Dan aku mula menjadi keliru apa maksud semua yang berlaku.
RAM
11.10.2013
Wednesday, 9 October 2013
Hujan
Hujan yang turun membasahi bumi,
Bumi yang didiami semua penghuni,
Sungguh cantik ciptaan ilahi,
Alangkah rugi rasanya diri,
Jika kita tidak menghargai.
Ram
08.10.2013
Bumi yang didiami semua penghuni,
Sungguh cantik ciptaan ilahi,
Alangkah rugi rasanya diri,
Jika kita tidak menghargai.
Ram
08.10.2013
LUKA DAN LARA
Di saat ini sering kali kenangan semalam datang mengusik sanubari,
Namunku takkan pernah tahu bahawa itulah yang dinamakan rindu,
Dan kusedari semuanya setelah kautiada lagi di sisi,
Hanya kesedihan dan kepedihan yang menjadi teman sejati.
ramlah
06.10.2013
Subscribe to:
Posts (Atom)