Showing posts with label Roziah Abd Samad. Show all posts
Showing posts with label Roziah Abd Samad. Show all posts

Sunday, 31 August 2014

DAMAILAH DI PERSEMADIANMU


CAPAI KEJAYAAN


Wednesday, 27 August 2014

TIKA SENJA


Tika senja
menutup tingkapnya
dan angin
tiada lagi menyapa
aku, menadah tangan
merangkai sekalung doa
dalam getar
bibir bicara
dalam sendu
meruntun kalbu
kolam dukaku
mengalir laju
tanpa silu.


ZIE
26/08/2014


Friday, 8 August 2014

HATI 15


TERLENA JUA


Dalam kamar
hening malam
saat mata
enggan terpejam
terusik jiwa
cahaya kelam
di pembaringan
air mata berlinangan
satu jiwa
menahan perasaan.


Dalam sedan
enggan
ketahuan
terlena jua
hiba sendirian.


ZIE
08/08/2014


BAGAIKAN TIADA


Ada bagai tiada
dekat, bagaikan jauh
jauh, kian menjauh
semakin berbalam
hilang di pandangan.


Ingat atau lupa
iri atau benci
bicara usah dusta
hati kian luka
hiba pendam jua
kelu tak terkata
air mata
lerai segala.


Andai dilupa
lupakan jua
tiada kata
untuk dibicara
hanya takdir
penentu segala
biar masa
menentukannya
reda kuterima.

 
Zie
07/08/2014


Thursday, 7 August 2014

USAH DISESALI


Sepoi bayu menyapa
riang beburung bernada
nada lagu nan merdu
bagai mengerti hati nan rindu.


Diamku bukan alpa
terpasung, kata di jiwa
tak terluah bibir bicara
mengungkap kata
jiwa nan luka.


Kubawa pergi
hati nan pedih
usah nanti
dicari lagi
andai kupergi
tiada kembali
usah daku ditangisi
usah jua disesali
terkubur jua pedih di hati.

 
Zie
25/07/2014


RAHSIA HATI


Suara hati
nan membisik
lewat dini
bersemi
kembali
lingkari
rahsia hati
sama nan dirasai
tiada dinafi
tetap bersemi
di sanubari.


Temaram rindu
bergundah pilu
mengalun sendu
resah nan sayu.


ZIE
24/07/2014


Friday, 11 July 2014

ZIONIS DURJANA


Memandangmu
penuh sayu
terbujur kaku
pilu
menyentuh nuraniku.


Saudara
menangis hiba
anak kecil tak berdosa
hilang nyawanya
menjadi mangsa
peluru tak bermata
rejim zionis durjana
bangsa dilaknat oleh-NYA.


Bumi anbiya
si durjana
bermaharajalela
menunjukkan kuasa
letupan di sini sana
nyawa bagaikan tak berharga
mangsanya
tak kenal siapa
kuasa besar menikus sahaja
seolah memejamkan mata
seolah kebal si zionis durjana
di manakah keadilan dunia?


ZIE
11/07/2014

Thursday, 19 June 2014

MAAF LA YA


Maaf la ya...
fobia dah jadinya
kata-katamu
masih berbisa
nak sembuh, perlukan masa
hingga kini, berbekas kesannya
usahlah bertalam muka
yang akhirnya terhidu jua.


Maaf la ya...
bukan kusengaja
usahlah berpura-pura
usahlah berperasangka
kerana
itulah punca
segalanya.


Maaf la ya.

ZIE
19/06/2014