Showing posts with label Lebah Tualang. Show all posts
Showing posts with label Lebah Tualang. Show all posts

Friday, 5 April 2013

~ mereka kata perang ~


perang
perangi
kalahkan
itulah ayat-ayat terkini
menghina, mengata
sesama umat sendiri
fitnah memfitnah
bertaburan merata tempat

ingatlah
sebagai insan berakhlak
berakal dan penuh pekerti
usahlah dijaja keburukan
memperlekehkan kebenaran

perang telah bermula
yang derita insan di bawah ini
yang merana di bawah ini
yang di atas sana
gelak gembira
melihat kebodohan
melihat kelemahan akal

pelakun bagai nak mati
dikerah kesana-sini
buat itu buat ini
pengarah senang hati
yang bakal kaya
empat atau lima tahun lagi

malangnya kawan-kawan yang tak berakal ini..

Lebah Tualang

Wednesday, 27 March 2013

~Getah beku ~


getah
busuk baunya
melekat di baju dan di badan
malu mahu hampiri rakan
jauh lagi sudah terhidu bauannya

pagi subuh
mengadap pohon getah
diukir mengalir cecair putih
meniti atas sudu
menitis satu persatu
ditakung dalam cawan hitam
terkumpul hingga beku

esoknya
dikutip satu persatu
dari pokok ke pokok
dikumpul dalam tong
dalam keringat
beban berat

peraih datang
ditimbang, dikira jumlah hasilnya
itulah pendapatan harian
cuaca menjadi penentu
hujan menjadi penghalang
panas membuka pintu rezeki
pernahkah kita mengalaminya
untung rugi
menoreh getah

getah beku busuk baunya

Lebah Tualang
27.3.2013

Sunday, 24 March 2013

~ rezekinya dari sampah ~


sampah dihumban
sampah dibuang
di mana -mana
merata tempat
busuk dan berulat
menjijikan buat kita

tapi ada insan
menganggap sampah itu rezekinya
mengutip, mengeledah dikumpul
dijual
hasilnya
buat sekilo beras, sekilo gula
mahupun secawan kopi
buat alas perut
mungkin juga
di pondoknya
ada anak menanti
kepulangannya dengan
hasil jualan sampah

ada kita kisah
ambil peduli
bertanya jauhlah sekali
dicebek mungkin barangkali
sekurang-kuranganya
asingkan sampah
yang boleh dikitarsemula
mungkin memudahkan mereka ini
itu juga bantuan kita
buat mereka

sampah kamu rezeki kami

Lebah Tualang

Saturday, 23 March 2013

~ Ipad ~



ke hulu ke hilir
tidak kira tua dan muda
bertali leher mahupun berkain sarung
sambil berdiri sambil duduk di taman
kebanyakannya mengadap Ipad

tersenyum aku
mengenangkan mereka
memburu kecanggihan
itulah tanda mewah bergaya
melengkapi kemahuan zaman kini

tahukah kamu
aku dari dulu lagi
tahun enampuluhan lagi
sudah tahu Ipad itu
sentuhan jari
tulislah
lukislah
penuh warna-warni

Ipad aku
juga pelindung dari hujan
kalau bergaduh, Ipad aku jadi senjata
panas terik, Ipad aku jadi payung
Ipad engkau boleh
Ipad aku lagi berjasa pada kejayaan aku kini

Ipad aku, Ipad kamu..

Lebah Tualang
23032013
~ Ipad ~

kehulu kehilir
tidak kira tua dan muda
bertali leher mahupun berkain sarung
sambil berdiri sambil duduk di taman
kebanyakannya mengadap Ipad

tersenyum aku
mengenangkan mereka
memburu kecanggihan
itulah tanda mewah bergaya
melengkapi kemahuan zaman kini

tahukah kamu
aku dari dulu lagi
tahun enampuluhan lagi
sudah tahu Ipad itu
sentuhan jari
tulislah
lukislah
penuh warna-warni

Ipad aku 
juga pelindung dari hujan
kalau bergaduh, Ipad aku jadi senjata
panas terik, Ipad aku jadi payung
Ipad engkau boleh
Ipad aku lagi berjasa pada kejayaan aku kini

Ipad aku, Ipad kamu..

Lebah Tualang
23032013

~ permintaan terakhir ~


Dunia
dicipta untuk kita
menumpang seketika
kehidupan umpama lakunan
ada kalanya
tertampar ke muka sendiri

dalam mengejar
apa yang ada
kita silap
kita lalai
dalam dunia yang indah
mahupun berduri

kita nodai
mahupun ternoda
mengejar yang indah
tapi yang buruk
akan tercalit juga

usahlah diratapi
apa yang mengecewakan
kerana ada yang mengasihi kita
selama-lamanya
hanya perlu
menadah tangan mohon keampunan
dalam solatmu

permintaan terakhir bukannya sukar

Lebah Tualang
22032013

Thursday, 21 March 2013

~ tepuk sorak ~


bederai tepuk sorak
anak-anak belari gembira
melambaikan potongan kertas putih
berpelukan sesama rakan

engkau dapat berapa
aku dapat 4A jerlah
aku dapat 6A tau
aku dapat 2A jer
ala aku punya tak baguslah
aku dapat 7A
antara suara yang aku dengar

engkau nak pergi mana
UKM, UM, UPSI, UniKL
mereka mula merancang
untuk masa depan
tahniah anak-anak

masa aku dulu
dapat pangkat 3, dapat 2, dapat 1
berebut-rebut mahu jadi
cikgu, polis, askar
atau kerja di Motorolla, Matsushita
Texas atau kilang cabuk

anak-anak
gunakanlah kesempatan
yang ada untuk kejayaan
masa depan.

tepuk sorak anak-anak sekarang

Lebah Tualang
21032013

~ lukisan minda ~


Terlalu lama rasanya
aku tersungkur
sepi menyendiri
tanpa lukisan-lukisan
yang menterjemahkan isihati

mindaku seakan beku
kesejukan dalam bahang
yang tidak tentu arah tujunya
jari-jemari kaku
tidak mampu mengukir
melahirkan yang terbaik

pandanganku kabur
dalam meniti hari-hari akhirku mungkin....

Lebah Tualang
2132013