Showing posts with label yassinsalleh. Show all posts
Showing posts with label yassinsalleh. Show all posts

Friday, 22 June 2012

Duri-Duri Lalang Memanjang


Bila padang tiba-tiba kontang
cacing pun hilang
dan belalang jua terbang pergi
tak pulang-pulang
manalah lagi burung-burung nak singgah datang.

Yang tinggal cuma duri-duri lalang memanjang
tempat burung but-but buat sarang.

yassinsalleh
2023 hrs. 22. 6. 12
La Cassa Pacifica De Yasleh
Copyright © 2012 yassinsalleh
All Rights Reserved.

Monday, 18 June 2012

Kau Main Sajalah Buih Sabun Membasuh Anumu


Kerana otakmu cetek tak cukup selapis
dan ilmu tak lebih dari bacaan sebaris
tak usahlah cuba nak membicarakan
perihal yang banyak lapis,
berlapis-lapisan,
bertindih bertindan kotor dan bersihnya

Kerana selama ini engkau hidup
dalam tahu yang tak tahu
janganlah memperagakan
kedunguanmu yang amat bahlul
yang amat dogol, yang amat tolol.

Teruskanlah menggilap bulan dan bintang
dengan sajak-sajak buku lalimu itu
sambil membelai anumu yang koro.

Usap sajalah
telurmu yang sebelah kecil sebelah leper itu.
janganlah cuba-cuba nak jadi jurujual sabun
sedangkan pakaianmu sendiri sekujur tubuh
terlalu amat tidak bersih. Aduhai sedih.

Makanya,
Kau main sajalah buih sabun membasuh anumu.

yassinsalleh
1217 hrs. Jun 25. 2011
Kg Jerang, Durian Tipus,
Jelebu, Negeri Sembilan
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved.

Sumber: yassinsalleh.blogspot.com

Friday, 8 June 2012

Katarina, Aku Sudah Mula Amat Merinduimu.


Nanti, bila-bila
kalau ada gerimis
merenjis matari
dan pelangi melengkari awan.
Akan ku tatahkan
pelangi itu dengan
manik kasih,
lalu ku kalungkan
ke lehermu yang jinjang.

Dan akan ku minta
pungguk mengajarku
melagukan rindu,
lalu ku nyanyikan ke
telingamu
simfoni kasih melodi
sayang.
Dan akan ku ajak Romeo
dan Juliet
menyaksikan
kita bercumbu-cumbuan
di taman khayalan.

Katarina,
aku sudah mula
amat merinduimu.

yassinsalleh
1255 hrs ogos 09
Kuala Lumpur
Copyright © 2009 yassinsalleh.
All Rights Reserved