Showing posts with label Lisa Arif. Show all posts
Showing posts with label Lisa Arif. Show all posts

Sunday, 2 December 2012

lisa~kubingkis sepatah kata



diam...

mata memandang
terus menatap
tajam menikam
tanpa bicara

diam...

dada berombak
menahan sebak
bergoncang jiwa
bibir diketap
lidahpun kelu
mata melayu
kian lesu

diam...

kudrat menghilang
wajah dipaling
empangan dilema
terburai akhirnya
mengalir laju
entah ke mana
panjang mendayu

merobek jiwa penghuni dunia
lisa~kubingkis sepatah kata

diam...

mata memandang
terus menatap
tajam menikam
tanpa bicara

diam...

dada berombak
menahan sebak
bergoncang jiwa
bibir diketap
lidahpun kelu
mata melayu
kian lesu

diam...

kudrat menghilang
wajah dipaling
empangan dilema
terburai akhirnya
mengalir laju
entah ke mana
panjang mendayu 

merobek jiwa penghuni dunia

lisa~tiada galang gantinya dirimu



di mana
akan kucari
persis dirimu

walau ke hujung dunia
pasti tiada

bersamamu
suatu detik bahagia
sedetikpun tidak kurela
biar berpisah seminit cuma

andai perpisahan menjemput kita
relaku tiada
pasti nyawa aku tadahkan

kehilanganmu
seerti maksudnya
tercerai nyawa dari susuk yang ada

oh tuhan
pertahankanlah cinta abadi utuh milikku
lisa~tiada galang gantinya dirimu

di mana
akan kucari
persis dirimu

walau ke hujung dunia
pasti tiada

bersamamu
suatu detik bahagia
sedetikpun tidak kurela
biar berpisah seminit cuma

andai perpisahan menjemput kita
relaku tiada
pasti nyawa aku tadahkan

kehilanganmu 
seerti maksudnya
tercerai nyawa dari susuk yang ada

oh tuhan 
pertahankanlah cinta abadi utuh milikku

Saturday, 24 November 2012

lisa~kembali aku kerana mendalamnya kasihmu



pernah suatu ketika
di hamparan karpet hijau merimbun subur
berpayungkan lelangit tenang kebiruan
kau menyatakan sumpah setiamu
bahawa aku sentiasa di hatimu
selamanya bersatu selagi
restu pemilik hatimu

pernah suatu ketika
hatimu terluka bagai dicincang api berbara
dibakar terkulai pasti tiada sembuhnya
lalu kau berkata kasih kita di sini saja
pergilah aku tanpa sepatah kata
kerana dirimu aku puja
katamu aku akur sahaja
moga kaubahagia
itulah doamu kupinta

hari ini segalanya berubah
kasihmu sentiasa wujud untukku
aku dapat rasakan
kerana di hatiku
ada kamu
dan di hatimu
ada aku
kasihmu padaku lebih mendalam
itulah yang aku faham

kini kembalilah diriku
mendiami dasar hatimu selamanya
lisa~kembali aku kerana mendalamnya kasihmu

pernah suatu ketika
di hamparan karpet hijau merimbun subur
berpayungkan lelangit tenang kebiruan
kau menyatakan sumpah setiamu
bahawa aku sentiasa di hatimu
selamanya bersatu selagi
restu pemilik hatimu

pernah suatu ketika
hatimu terluka bagai dicincang api berbara
dibakar terkulai pasti tiada sembuhnya
lalu kau berkata kasih kita di sini saja
pergilah aku tanpa sepatah kata
kerana dirimu aku puja
katamu aku akur sahaja
moga kaubahagia 
itulah doamu kupinta

hari ini segalanya berubah 
kasihmu sentiasa wujud untukku
aku dapat rasakan
kerana di hatiku 
ada kamu
dan di hatimu 
ada aku
kasihmu padaku lebih mendalam
itulah yang aku faham

kini kembalilah diriku 
mendiami dasar hatimu selamanya

Thursday, 27 September 2012

lisa~jangan tenung lama-lama wajah nenek~


usah kauturut kata hatimu 
esok bukan milik kita sahaja
andai aku pergi dahulu

akan aku tinggalkan
sejarah suka duka kita berdua
dalam lipatan kedut di wajahmu

janganlah kaubermuram durja
pemergian aku pasti tiba
pintaku kausentiasa bersedia
telah tertulis di suratan kita
segala yang telah bermula
pasti ada akhirnya

kaupandanglah wajahku sepuasnya
mungkin esok telah tiada
setiap urat di wajah yang kaucinta
terlipat garis-garis sejarah kita
susah senang kita berdua
kita harungi bersama
andai terpisah jua akhirnya
kausimpanlah kenangan kita sebaiknya

kaulah wajah yang kucinta
peneman setiap nafas kita bersama
mengharung pahit getir tabah merona
menghuni teratak kecil yang kita bina
jika diberi peluang menentukan takdir kita
mahu diriku sehidup semati biarlah bersama
damainya mengharungi cinta 


sebuah anugerah paling berharga




lisa~siapa ingin bertemankan diriku~


inilah diriku di dunia nyata
suatu hari suatu ketika
kenapa...

tidak percaya?

jika panjang umurku
nantikan sahaja
masihkah boleh berkata-kata
berpijak di bumi nyata
menghirup udara yang sama
berkongsi suka dan duka

siapa masih sudi berteman bicara
lisa arif tidak pernah berkira
berteman biar berjuta
bercinta biar kepada suamiku sahaja
suami yang tercinta
semestinya tiada tolok bandingnya
akan kukisahkan tentang si dia
siapakah majnun yang kupuja
melayan diriku bagai permaisuri raja

berpijaklah di bumi nyata
manusia spesisku hidup bersederhana sahaja
walau tidak punya rupa
dan bukanlah kaya-raya
namun cuba kusantun budi bicara
moga hadirku tidak disalah terima
halaman puisi untuk kuluahkan kata-kata
suka duka yang kucipta
moga menjadi hiburan semata-mata

hadirku di laman maya
janganlah disimpan di hati semua
moga pemergian diriku nanti tiada tertinggal noda
biarpun hanya sekelumit cuma
maaf andai hadir coretanku mencarik rasa
diriku bukanlah si pujangga
yang bijak petah melontar kata-kata

lisa bakal menjadi nenek comel
moga semua sudi terima
~ahakss~~~♥




Friday, 21 September 2012

lisa~usahlah bongkak dengan ilmu yang kau ada~



walau setinggi mana kau terbang
belakang punggung kerbau ini juga hinggapnya nanti
usahlah engkau bermerak dengan ilmu yang engkau ada

ingat
bongkak engkau tiada bawa ke mana
hanya setitis dari lautan ilmu yang kaucanang
berani kauberdabik mencela
sedarlah selama mana engkau mampu terbang
matamu akan tetap tertumpah ke bumi jua

kembalilah segera ke redup yang nyata
apabila sedarmu
jangan sampai tersedak oleh ingatan
apabila jauh tersimpang
kelak dunia akan tertawakan
langit akan mencela
bumi akan bergegar menanti sembammu
dan sahabat-sahabat selayangmu akan mencemuh
sapaan jijik berbau nanah hanyir hadir mencela telingamu

sedarlah
sebelum nikmatmu diambil kembali
engkau akan menangis tanpa berlagu lagi
sedarlah selagi ada yang kasih dan sayang padamu
sesungguhnya segala yang ada pada dirimu
adalah pinjaman semata